Kelas Microsoft Office Word

7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 6 Oktober 2019, telah diadakan Kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara menaip berita dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini telah berlangsung pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan cara menaip dengan betul, mereka telah diberikan latihan untuk menghasilkan teks dengan mengikut contoh yang diberikan. Mereka juga diberikan latihan menaip dengan pantas. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul untuk menaip teks dengan pantas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali